Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Akibat kecuaian, pejalan kaki temui ajal

Jalanraya berhadapan Api Api Centre menjadi lokasi kemalangan yang membabitkan seorang pejalan kaki. - Gambar Hiasan
Jalanraya berhadapan Api Api Centre merupakan lokasi kemalangan yang membabitkan seorang pejalan kaki. – Gambar Hiasan

KOTA KINABALU – Akibat kecuaian ketika melintas jalanraya, seorang pejalan kaki menemui ajal di Hospital Queen Elizabeth 1 di sini kira-kira jam 4.30 pagi Selasa setelah menerima rawatan kecemasan di hospital itu sejak Rabu minggu lepas.

Mangsa yang dikenali sebagai Jasdin Awang, 26, dimasukkan ke unit rawatan kecemasan hospital berkenaan selepas terbabit dalam kemalangan jalanraya di Jalan Coastal berhadapan dengan Api Api Centre pada 18 Mac lepas.

“Siasatan awal polis di lokasi kejadian mendapati, lelaki warga tempatan itu dipercayai cuba melintas jalanraya dari Api Api Centre menuju ke Star City namun gagal sebelum dirempuh oleh sebuah kenderaan yang gagal mengelak mangsa,” kata Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner M.Chandra di sini hari ini.

Rempuhan itu mengakibatkan mangsa yang berasal dari Kampung Sangau, Kota Kinabatangan, mengalami kecederaan parah di bahagian kepala, perut dan patah kedua-dua tangan.

“Mangsa kemudian dibawa ke hospital untuk rawatan kecemasan,” katanya sambil menambah pemandu kenderaan terbabit bagaimanapun tidak mengalami kecederaan.

Kes yang pada mulanya disiasat mengikut Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kemudian dipinda kepada Seksyen 41 (1) akta yang sama berikutan kematian lelaki tersebut.
– Oleh NUZIR ANDI SAMSIAR / Sayangsabah

Komen


Berita Berkaitan