Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Akibat kecuaian ketika memandu

MASUK LONGKANG... kenderaan wanita yang terbabas ke dalam longkang.
MASUK LONGKANG… kenderaan wanita yang terbabas ke dalam longkang.

PENAMPANG – Seorang pemandu wanita bernasib baik apabila hanya mengalami kecederaan ringan selepas kenderaan  yang dipandunya terbabas ke dalam longkang dalam kejadian kemalangan di berhampiran Cempaka Square, Jalan Penampang di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 12.00 tengahari tadi, wanita terbabit yang memandu kenderaan jenis Toyota Vios keluar dari arah sebuah simpang di Cempaka Square dan terus ke lorong kanan menuju ke Penampang.

“Pada masa yang sama, sebuah lagi kenderaan yang datang dari arah Kota Kinabalu gagal mengelak lalu bergesel dengan Toyota Vios terbabit,” menurut Balai Polis Trafik Penampang ketika dihubungi di sini hari ini.

Katanya, pelanggaran tersebut mengakibatkan Toyota Vios berkenaan terbabas ke dalam sebuah longkang di tepi jalan terbabit.

Kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.  – Oleh NUZIR ANDI SAMSIAR / Sayangsabah

PicsArt_1428474752067

Komen


Berita Berkaitan