Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,746

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Akibat Jawab HP Di Stesen Minyak, Wanita Parah Melecur

4:37pm 28/06/2016 Pak Roshan 4532 views Mutakhir,Nasional

axia

GARA-GARA mahu menjawab telefon bimbit yang berdering ketika sedang mengisi minyak, seorang gadis mengalami kecederaan 60 peratus melecur pada anggota badan.

Insiden yang berlaku di stesen minyak Shell Setapak Indah jam 1.25 tengah hari tadi dikatakan berpunca apabila kereta jenis Perodua Axia meletup sebaik sahaja mangsa membuka pintu kereta bahagian hadapan untuk menjawab panggilan dari telefon bimbitnya.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Wangsa Maju Manogaran A/L Rajagoopal yang dihubungi Mynewshub mengesahkan kejadian ini.

Bagaimanapun menurut beliau, kenderaan terbabit tidak terbakar selepas berlaku letusan kecil yang mengakibatkan kecederaan kepada mangsa, seorang wanita berusia 25 tahun.

Mangsa dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk rawatan menggunakan ambulans kira-kira jam 2.07 petang tadi. – MYNEWSHUB.CC

melecur

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan