Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,702

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Akibat curi ‘bodyspray’, miliki batang besi lelaki Filipina dipenjara lima tahun

11:49am 16/10/2016 Pak Roshan 286 views Jenayah,Mutakhir

Penjara

SANDAKAN : Akibat curi ‘bodyspray’ lelaki dan miliki batang besi, seorang lelaki warga Filipina dipenjara lima tahun dan diusir oleh Mahkamah Majistret, disini kelmarin.

Majistret Faelly Jeffery Lanjungan menjatuhkan hukuman itu kepada Mohd Nor bin Naning, 41 tahun selepas mengaku bersalah telah mencuri wangian badan lelaki jenama Nivea dan Coklat Hershey di sebuah pasaraya yang terletak di Bandar Kim Fung, Sandakan pada 30 September tahun ini.

Menurut fakta kes, ketika kejadian Mohd Nor bertindak secara bersendirian yang memasukkan wangian badan lelaki dan coklat itu ke dalam beg beliau dan telah disedari oleh pengawal keselamatan pasaraya itu.

Semasa ditahan dan diperiksa telah dijumpai di dalam beg tertuduh 7 bungkusan wangian badan lelaki Nivea serta 1 tin coklat Hershey yang bernilai keseluruhan RM183 dan turut dijumpai batang besi sepanjang 21.5 inci di dalam beg sandang miliknya.

Dengan itu, tertuduh telah melakukan kesalahan di bawah seksyen 380 Kanun Keseksaan dan Seksyen 6(1) Akta Bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958.

Hasil siasatan juga mendapati tertuduh disyaki terlibat dengan kes curi dua unit telefon bimbit di Bandar Prima, batu 4 Sandakan.

Pendakwaan kes dikendalikan oleh ASP Tan Hiap Wah. – NewSabahTimes

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan