Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,727

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Akibat beli bateri curi, peniaga dipenjara 60 bulan dan denda RM10 ribu

12:51pm 28/09/2016 Pak Roshan 139 views Jenayah,Mutakhir
gambar hiasan

gambar hiasan

SANDAKAN: Akibat membeli bateri curi milik pencawang Celcom, seorang peniaga lelaki dijatuhi hukuman penjara 60 bulan dan dendaRM10 ribu oleh Mahkamah Seksyen, di sini, kelmarin.

Majistret Faelly Jeffery Lanjungan menjatuhkan hukuman itu ke atas Ang Saw Hwa, 51 tahun, selepas mengaku bersalah telah membeli 16 bateri daripada seorang lelaki dengan harga RM768 di sebuah premis besi buruk di Jalan Maktab, Batu 1 setengah, Sandakan.

Menurut fakta kes, urusan jual beli itu dilakukan sebanyak dua kali di lokasi yang sama, dimana pada 10 Ogos 2016 dengan nilai RM528 dan 14 Ogos 2016 dengan nilai RM240.

Oleh itu, tertuduh telah melakukan kesalahan di bawah seksyen 411 Kanun Keseksaan. Mahkamah mengarahkan hukuman bermula dari tarikh jatuh hukum dan jika gagal membayar denda akan dikenakan penjara 15 bulan.

Dalam kes berasingan, mahkamah menjatuhkan hukuman penjara lima tahun dari tarikh ditangkap kepada seorang lelaki warga Filipina kerana memiliki sebilah pengikis bering (Bearing Scraper) sepanjang 30cm.

Hukuman itu dijatuhkan terhadap Mohd. Faizal bin Manan, 23 tahun oleh Majistret Faelly Jeffery Lanjungan setelah mengaku bersalah melakukan kesalahan itu 14 September tahun ini di sebuah rumah tidak bernombor, Kampung Sundang Darat Jalan Batu Sapi Sandakan.

Menurut fakta kes, Mohd. Faizal ditangkap oleh sepasukan anggota Jabatan Siasatan Jenayah IPD Sandakan dan semasa diperiksa dijumpai sebilah pengikir bering dibalut dengan pita pelekat berwarna kuning hitam yang diselitkan dalam seluar tertuduh.

Dengan itu, tertuduh telah melakukan kesalahan dibawah seksyen 7 (1) Akta Bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958.

Mahkamah mengarahkan Mohd. Faizal merujuk Jabatan Immigresen selepas jalani hukuman. Hukuman penjara 60 bulan dari tarikh ditangkap dan 3 sebatan turut dijatuhkan oleh Mahkamah Seksyen kepada seorang lelaki berumur 47 tahun berbangsa Sungai kerana kesalahan memecah masuk rumah dan mencuri.

Majistret Faelly Jeffery Lanjungan menjatuhkan hukuman itu kepada Norbik bin Batang selepas mengaku bersalah melakukan kesalahan memecah masuk sebuah rumah sewa dan mengambil beberapa barang milik tuan rumah yang bertempat di Jalan Old Slipway Bangunan Baru, Tingkat 5, Blok B, Bandar Sandakan pada 23 September tahun ini.

Menurut fakta kes, Norbik melakukan perbuatan itu secara bersendirian dan berjaya ditangkap oleh orang awam. Semasa diserahkan kepada pihak polis, beliau mengalami kecederaan di beberapa bahagian iaitu mata serta bahagian belakang kepala dan telah dibawah ke Hospital Dutchess of Kent, Sandakan.

Oleh itu, beliau telah melakukan kesalahan dibawah seksyen 380 kanun keseksaan. Pendakwaan kes dikendalikan oleh ASP Tan Hiap Wah.  – NewSabahTimes

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan