Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,651

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Akhlak mesti mencerminkan akhlak Islam-Ghani

10:28pm 13/02/2016 Ann Vivien 20 views Isu Semasa,Tempatan
Ghani (depan empat dari kanan) umat Islam daerah Nabawan semasa perarakan dari Masjid Daerah ke Dewan Serbaguna Nabawan.

Ghani (depan empat dari kanan) umat Islam daerah Nabawan semasa perarakan dari Masjid Daerah ke Dewan Serbaguna Nabawan.

NABAWAN: Aspek akhlak atau tingkahlaku umat Islam mestilah mencerminkan akhlak Islam yang sebenarnya.

Ketua Bahagian Pertubuhan islam seluruh Sabah (USIA) Datuk Abdul Ghani Datuk Yassin berkata,  nilai akhlak yang penting dan perlu dipelihara ialah keterlanjuran lidah, terutama menjaganya dari umpat mengumpat, hina menghina dan sebagainya.

Katanya, sesungguhnya banyak punca permusuhan dan perkelahian adalah disebabkan pengucapan yang tidak berlandaskan ajaran Islam yang mulia.

“Kata-kata yang merendahkan orang lain dan menghinanya dengan bermacam-macam gelaran buruk dan tidak baik akan menambah liarnya seseorang itu dari yang lain” katanya semasa berucap merasmikan sambutan Maulidur Rasul 2016 peringkat daerah Nabawan di dewan serbaguna di sini pada Jumaat.

Ghani yang juga Ketua Umno Bahagian Pensiangan berkata,  kata-kata yang menghina, kasar dan kesat tidak mampu mengubah dan menambat hati seseorang” tegasnya. Hadir sama Penolong Pegawai Daerah Nabawan Djamiluddin Kamaruddin yang juga Pengerusi Badan Dakwah Daerah Nabawan, Ketua Pemuda Umno Pensiangan Jehan Osman dan pemimpin-pemimpin Islam di daerah ini.- Oleh Kalawon Sawing/Sayangsabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan