Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Akhirnya pulang

PETUGAS mengangkat kurungan yang mengandungi orang utan untuk dipindahkan ke pesawat Indonesia bagi dihantar pulang.
PETUGAS mengangkat kurungan yang mengandungi orang utan untuk dipindahkan ke pesawat Indonesia bagi dihantar pulang.

Bangkok: Sekumpulan 14 orang utan yang diselamatkan selepas diseludup ke Thailand dihantar pulang ke Indonesia semalam.

Penghantaran pulang orang utan yang ditemui di Phuket pada 2010 itu dilakukan selepas beberapa tahun pertikaian diplomatik mengenai negara mana yang patut menjaga haiwan berkenaan.

Kerajaan Thailand ketika itu meminta pampasan daripada Indonesia untuk kos penempatan dan rawatan haiwan berkenaan.

Bagaimanapun, kerajaan junta tentera baru-baru ini menarik balik permintaan itu dan meneruskan proses penghantaran pulang.

Indonesia menghantar pesawat tentera C130 untuk membawa haiwan itu pulang dan berlepas di sebuah lapangan terbang tentera di pinggir Bangkok pada awal pagi semalam.

“Orang utan ini diberi penjagaan khas supaya ia bersedia untuk pulang,” kata pengarah pejabat pemuliharaan hidupan liar Thailand, Tuenchai Noochdumrong.

Di Jakarta, satu majlis khas diadakan bagi menyambut kepulangan haiwan berkenaan.

“Kepulangan haiwan ini disambut dengan gembira oleh kerajaan Indonesia,” kata jurucakap kementerian alam sekitar, Eka W Sugiri.

Orang utan itu akan dibawa ke taman perlindungan di Jawa Barat untuk pemeriksaan sebelum dilepaskan ke habitat asalnya.

Orang utan adalah haiwan yang berasal dari hutan hujan di Borneo dan Sumatera.

Namun, haiwan berkenaan sering diseludup ke luar negara untuk diletakkan di zoo peribadi atau dijadikan sebagai haiwan kesayangan.- Agensi/HMetro

Komen


Berita Berkaitan