Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

AKHIRNYA BUAYA MASUK PERANGKAP

buaya likas

KOTA KINABALU: Selepas lebih seminggu diburu, akhirnya buaya tembaga yang sering dilihat

orang ramai ketika beriadah di Taman Rekreasi Kompleks Sukan Likas, di sini, berjaya ditangkap

selepas memakan umpan di dalam perangkap dipasang Unit Penyelamat Jabatan Hidupan Liar

(JHL) Sabah, semalam.

Dalam kejadian jam 8 pagi, reptilia sepanjang 1.5 meter itu disedari terperangkap oleh kakitangan

Kompleks Sukan Likas berhampiran yang sedang melakukan rondaan di kawasan terbabit.

Renjer Kanan Bahagian Penguat Kuasa dan Pelesenan JHL Sabah Melvin Richard Amandus

berkata, sebaik menerima maklumat, pihaknya mengarahkan Unit Penyelamat JHL bergegas ke

lokasi kejadian.

“Sebaik tiba, anggota mendapati terdapat seekor buaya di dalam perangkap yang dipasang di

kawasan ini.

“Reptilia sepanjang 1.5 meter dan berat dianggarkan lebih 50 kilogram (kg) itu dipercayai tersesat

ke tasik ini dan mampu mengancam keselamatan orang ramai,” katanya ketika ditemui di lokasi

kejadian, semalam.

Melvin berkata, berdasarkan pemantauan, buaya tembaga itu dipercayai berusia kurang 10 tahun

dan dikategorikan sebagai ‘masih muda’.

“Kami menerima maklumat mengenai kehadiran reptilia ini di sekitar tasik sejak seminggu lalu

dan bertindak memasang perangkap.

“Usaha ini berjaya apabila haiwan dipercayai kelaparan dapat ditangkap selepas makan umpan

yang dipasang,” katanya.

Komen


Berita Berkaitan