Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Akhirnya… Akim Ahmad Akui Bercinta Dengan Stacy

stacy

AKHIRNYA teka-teki mengenai percintaan antara dua penyanyi popular ini terlerai apabila Akim Ahmad mengakui sedang bercinta dengan Stacy.

Hubungan akrab mereka sebelum ini sering menjadi tanda tanya di kalangan pihak media dan peminat keduanya.

“Saya dengan Stacy memang sangat rapat dan saya boleh katakan perasaan itu adalah perasaan cinta.

“Alhamdulillah, perasaan itu saya dapat rasakan dan dia pun dapat rasakan. Semoga hubungan kami dapat restu semua orang,” kata Akim yang membuat pengakuan cinta kepada Stacy menerusi temubual dengan program radio Era, pagi tadi.

Wah memang sweet couple la dorang ni, harap-harapnya hubungan berkekalan hingga ke jinjang pelamin. – MYNEWSHUB.CC

 

Komen


Berita Berkaitan