Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Akademi bola sepak JJ Football Club berjalan lancar- Jamawi

TENOM:  Akademi bola sepak yang dianjurkan oleh JJ Football Club  dengan kerjasama Pergerakan Pemuda Umno bahagian Tenom yang dilancarkan pada awal September tahun ini berjalan  mengikut jadual yang telah ditetapkan.

 

Pengerusinya Jamawi Jaafar berkata penyertaan dari masyarakat belia dan pelajar sekolah begitu amat menggalakkan dan ini turut memberikan suntikan semangat kepada penganjur untuk meneruskan program ini.

 

“ Ini merupakan usaha kita bagi memberikankan dorongan dan pendidikan awal bagi memantapkan lagi program pembangunan bola sepak di negeri ini selaras dengan aspirasi Presiden SAFA yang juga Ketua Menteri Tan Sri Musa Haji Aman yang ingin melihat kecermalangan sukan bola sepak di negeri ini berada di tahap yang memuaskan” katanya ketika ditemui selepas mengiringi Timbalan Menteri Pertanian dan Idustri Asas Tani Datuk’Sri Haji Tajuddin Abdul Rahman dalam majlis ramah mesra bersama pelatih dan jurulatih akademi bola sepak di Padang Perbandaran Pekan Tenom.

 

Tajuddin yang  dalam rangka lawatan kerja rasmi ke daerah Tenom bagi menghadiri majlis  Ramah Mesra bersama Warga Peladang Daerah Tenom meluangkan masa hampir sejam beramah mesra dengan para pelatih dan jurulatih akademi bola sepak JJ Football Club disamping turut memberikan suntikan semangat kepada para peserta yang menyertai akademi tersebut.

 

Menurut Jamawi yang juga Ketua Pergerakan Pemuda Umno bahagian Tenom, sejak akademi tersebut diwujudkan sambutan  begitu menggalakkan  terutamanya dari kalangan ibubapa di daerah itu yang menghantar anak-anak mereka menyertai program latihan setiap hujung minggu di padang perbandaran pekan Tenom.

 

“ Dalam akademi ini kita bahagikan kepada beberapa ketegori iaitu kanak-kanak peringkat sekolah rendah,menangah dan juga golongan belia yang dimbimbing oleh jurulatih bola sepak tempatan yang bertuliah,”katanya.

 

Tambah Jamawi , bagi golongan belia yang menyertai akademi ini potensi serta bakat mereka akan dinilai oleh jurulatih dan jawatankuasa penilai  dimana mereka yang berpotensi dan layak akan  diserapkan sebagai pemain tetap JJ Foottball Club disamping  mereka akan dicadangkan kepada SAFA untuk dipanggil dan dinilai bakat serta potensi mereka bagi menyertai pemilihan di peringkat negeri.

 

Terdahulu ketika berucap di majlis itu Tajuddin yang juga Ahli Majlis Tertinggi Umno memuji usaha yang dilakukan oleh JJ Football Club yang didokong oleh Pergerakan Pemuda Umno bahagian Tenom atas komitmen mengadakan akademi tersebut.

 

Katanya, melalui program seperti ini lebih ramai bakat-bakat muda dalam sukan bolasepak dapat dicungkil serta diasah bakat mereka sebagai pemain pelapis pada masa akan datang.

 

“ Program ini perlu kita sokong dan ianya merupakan sesuatu yang positif bukan sahaja dapat melahirkan pemain-pemain baru di kalangan belia, namun ianya dapat mengajak golongan ini dalam satu program yang bermanafaat bagi mengelak mereka (belia) terjebak dengan kegiatan kegiatan yang negetif,”katanya. /SayangSabah

TERBAIK…Tajuddin dan Jamawi bersama para pelatih akademi menunjukan isyarat bagus ketika mengadakan perjumpaan.

Komen


Berita Berkaitan