Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Ajar cara keras

Gambar Hiasan
Gambar Hiasan

Missouri: Tindakan melampau ibu, nenek dan ibu saudara seorang kanak-kanak berusia enam tahun yang merancang penculikannya kononnya untuk mengajar mangsa mengenai bahaya terlalu mesra dengan orang tidak dikenali mengundang padah apabila mereka ditangkap pihak berkuasa.

Kaedah ‘mengajar’ yang pelik itu nyata tidak dapat diterima apabila kanak-kanak itu bukan saja ‘diculik’ lelaki yang juga rakan sekerja si ibu selepas mangsa turun dari bas sekolah, malah dia juga diugut tidak dapat menemui keluarganya lagi selain diacukan pistol supaya berhenti menangis.

Kanak-kanak itu diikat tangan dan kakinya serta mata ditutup dengan jaket sebelum ditempatkan dalam bilik bawah tanah. Lelaki terbabit mengugut akan meliwat mangsa dan menjualnya sebagai hamba seks.

Selepas beberapa jam ketakutan, kanak-kanak itu dilepaskan, tetapi diberi ‘syarahan’ terlebih dulu lelaki terbabit supaya menjauhkan diri daripada orang yang tidak dikenali.

Kejadian itu terbongkar selepas budak terbabit mengadu kejadian kepada guru di sekolahnya. Dia kini ditempatkan di pusat penjagaan kanak-kanak.

Keluarga kanak-kanak itu memberitahu penyiasat bahawa mereka mahu mendidik dan menganggap tidak melakukan apa-apa kesalahan.

Ibu mangsa didakwa menculik serta mengabaikan atau mendera kanak-kanak, manakala yang lain dituduh menculik dan menahan mangsa serta mendera atau mengabaikan kanak-kanak.

Semuanya ditahan kerana gagal membayar jaminan AS$250,000 (RM 887,000) yang ditetapkan sementara menunggu dibicarakan.- Agensi

Komen


Berita Berkaitan