Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Ajal terperangkap dalam kebakaran

 ANGGOTA bomba mengangkat mayat mangsa. FOTO ihsan bomba
ANGGOTA bomba mengangkat mayat mangsa. FOTO ihsan bomba

Sandakan: Pemuda maut selepas terperangkap dalam kebakaran rumah teres dua tingkat di Taman Indah Jaya, di sini, malam tadi.

Dalam kejadian 9.20 malam itu, David Tsan Vui Dat, 27, ditemui dalam keadaan tertiarap dipercayai meninggal dunia akibat sesak nafas.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sandakan, Mohd Razali Awang Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 9.23 malam tadi sebelum mengerahkan dua jentera dengan kekuatan sembilan anggota ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba, didapati sebuah rumah teres dua tingkat sedang terbakar sebelum usaha memadamkan api segera dijalankan.

“Api berjaya dikawal pada jam 9.39 malam dan pemeriksaan anggota bomba di dalam rumah berkenaan menemui mayat seorang lelaki (tidak rentung),” katanya ketika dihubungi, malam tadi.

Menurutnya, mayat mangsa kemudiannya dikeluarkan sebelum diserah kepada polis untuk tindakan lanjut.

“Punca kejadian dan jumlah kerugian masih dalam siasatan,” katanya. – myMetro Online

Komen


Berita Berkaitan