Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Ajal pulang ambil ubat

kemalangan

BALING: Tiada perkataan mampu diucapkan seorang anak apabila ibunya menemui ajal selepas terbabit dalam kemalangan ngeri apabila kereta dinaikinya bertembung dengan kereta dipandu seorang lelaki yang juga jiran anak lelakinya itu, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 5.40 petang di Kilometer 45.5, Jalan Kulim-Baling berdekatan Kampung Binjul, Tawar, di sini, mangsa Esah Lahaman, 77, meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Baling, kira-kira jam 11.30 malam.

Ketika kejadian mangsa dikatakan menaiki kereta Nissan Sentra dipandu anaknya Abu Mansor Hamid, 54, bersama anak perempuannya Hasnah, 51, serta sepupu kepada dua beradik itu Ali Dahawang, 62, dalam perjalanan pulang ke rumah di Kampung Tebing Tinggi, Kupang.

Mereka dipercayai dari arah Kulim selepas mengambil ubat penyakit jantung untuk Esah.

Anak lelaki arwah, Ahmad, 48, yang menetap di Taman Pauh Indah, Permatang Pauh, berkata dia sedang berehat di rumah sebelum dimaklumkan kereta dinaiki ibunya terbabit dalam kemalangan ketika dalam perjalanan pulang ke rumah.

Katanya, dia tidak menyangka ibunya yang dalam perjalanan pulang mengambil ubat di Kulim bersama abangnya yang juga anggota polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Timur Laut terbabit dalam kemalangan dengan kereta dipandu jiran di taman perumahannya Alias Ahmad, 53, yang turut maut dalam kejadian itu.

 

Komen


Berita Berkaitan