Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,758

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Ajal dipanah petir

7:33am 23/11/2016 Pak Roshan 2595 views Berita Pilihan,Kota Kinabalu,Mutakhir,Tempatan
Ajal dipanah petir   MANGSA terbaring di padang selepas dipanah petir. FOTO Mohd Ruzaini Zulkepli

MANGSA terbaring di padang selepas dipanah petir. FOTO Mohd Ruzaini Zulkepli

Penampang: Tukang kebun maut manakala rakan sekerjanya parah akibat disambar petir di padang Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Datuk Peter Majuntin, dekat sini, hari ini.

Dalam kejadian 3.20 petang itu, mangsa, Fazlie Lai Fauzi, 36, maut di lokasi berkenaan sementara rakannya Maidah Banir, 46, dilaporkan kritikal dan masih menerima rawatan kecemasan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Queen Elizabeth (HQE).

Difahamkan kedua-dua mangsa sedang menjalankan kerja penyelengaraan menanam rumput di padang terbabit sebelum insiden itu.

Ketua Polis Daerah Penampang, Deputi Superintendan Rosley Hobden ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan.

“Mayat mangsa sudah di bawa ke Unit Forensik HQE untuk dibedah siasat manakala rakannya masih menerima rawatan.

“Kes diklasifikasikan sebagai kejadian mati mengejut, akibat dipanah petir,” katanya. – myMetro Online

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan