Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Ajal digilis lori kontena

kontena

KLANG: Seorang lelaki berusia 48 tahun yang menunggang motosikal untuk ke tempat kerja maut selepas digilis lori kontena dalam kejadian di susur keluar ke Pelabuhan Barat di Jalan Kem di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 8 pagi itu, mangsa yang bekerja di Westports Malaysia Sdn Bhd (Westport) menunggang motosikal Yamaha LC dipercayai dihimpit kenderaan berat itu sejurus tiba di tempat kejadian.


Ketua Polis Daerah Klang Selatan Asisten Komisioner Kamarul Zaman Mamat berkata, mayat mangsa yang berasal dari Kampung Delek dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) untuk dibedah siasat.

“Berdasarkan maklumat diperoleh, mangsa dalam perjalanan ke tempat kerja di Pelabuhan Barat dikatakan dihimpit lori kontena itu menyebabkan mangsa hilang kawalan sebelum terjatuh ke kanan jalan.


“Selepas terjatuh, mangsa digilis tayar belakang lori Volvo menyebabkannya parah di kepala dan badan lalu meninggal di tempat kejadian,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara berbahaya hingga menyebabkan kematian yang jika sabit kesalahan boleh didenda antara RM5,000 hingga RM20,000.

Komen


Berita Berkaitan