Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Ajaibnya Seorang Isteri Dan Ibu

Gambar Hiasan

 

Suka dengar cerita anak-anak ketika pulang dari sekolah. Semua bercerita pada bidadari saya. Yang anak perempuan cerita beg sekolah sama dengan orang ini, bekal air macam adiknya. Anak lelaki pula bercerita mengenai kawan barunya.

Uminya pun layan bersungguh-sungguh. Sebak sangat, hebat seorang wanita. Saya masih ingat mak saya dulu layan saya begitulah.

Begitulah wanita iaitu mak-mak kita dan isteri kita, mereka terperinci satu-satu. Bukan pakai beli. Semuanya ada tujuan dan sebab.

Ingat seluar je dan baju je. Ada seluar malam dan seluar siang. Baju malam dan baju siang. Baju jalan dan baju dalam rumah. Supaya tidak panas dan tidak sejuk. Supaya tiada nyamuk.

Supaya anak tidak nampak pelik. Seluar biru baju hijau. Masa lipat ikut jenis dan warna. Ya Allah, kalau saya lipat nak segera siap sahaja. Kita semua nak cepat-cepat selepas tu tidak jumpa ketika mencari kembali.

Tadi dekat sekolah saya tanya cikgu dah ambil photostat surat beranak anak yang 4 tahun ini. Cikgu perempuan, cepat-cepat buka beg anak. Bahagian mana photostat tu ustaz.

Saya dah gelak, sebab isteri yang kemas beg baru anak tu. Beg anak semua wife kemas. Mana pula beliau letak hehe.

Cepat-cepat jawab. Cikgu lain dah ambil agaknya sebab tadi ada pesan masa ramai-ramai orang. Tersenyum seorang diri, malunya Ya Allah. Bidadari saya yang kemas semua tu.

Abang sebelah saya pula tanya ini pensil dan barang siapa ye cikgu. Sebab anaknya pegang. Cikgu pula pening. Memang ada dalam beg tu kot Tuan. Oh ye ke, tidak mengapa cikgu. Nanti saya balik tanya isteri saya.

Saya dah gelak dah. Ya Allah semua suami nak tanya isteri;

“Awal pagi anak-anak bangun bersiap-siap cari baju sekolah. Ayah pun tanya isteri. Sayang di mana kopiah abang? Ayah pun macam baru nak masuk sekolah hari pertama.”

Begitulah wanita sibuk mengatur anak sekolah daripada A sehingga Z. Mereka sudah risau fikir dari tahun lepas lagi. Di mana botol air, di mana stokin, di mana pakaian dalam, di mana nak membeli tempah label nama untuk tampal, supaya barang anak-anak tidak hilang dan tertukar. Aduh banyak lagi ni suami kena belajar.

Rindu mak tercinta. Terima kasih sayang buat abang ketawa hari ini sambil menangis, benarlah wanita itu pelengkap dan tunjang hidup seorang lelaki.

Ya Allah, rahmatilah ampunilah sayangilah ibuku, bidadariku. Berkatilah semua wanita di dunia ini. Begitu indahnya ciptaan-Mu Ya Allah.

 (Sumber: Tazkirah.net oleh Ustaz Ebit Liew)

Komen


Berita Berkaitan