Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Airbus Cipta Kotak Hitam Mudah Terapung Di Permukaan Laut

box

PARIS – Konsortium pengeluar pesawat ternama antarabangsa, Airbus sudah mendapat kebenaran rasmi Agensi Keselamatan Udara Eropah (EASA) untuk memasang kotak hitam yang mampu terapung jika kapal terbang itu terhempas ke dalam laut.

Sumber Airbus memberitahu agensi berita AFP, firma aeroangkasa empat buah negara Eropah itu telah memperoleh ‘lampu hijau’ daripada pihak berkuasa penerbangan awam EASA akhir tahun lalu dan buat permulaan bagi dua model jenama popular Airbus.

“Kotak hitam teknologi terbaharu itu juga mudah dikesan di permukaan laut dan untuk fasa pertama, ia akan dipasang dahulu untuk jenis jarak jauh terbaharu A350 dan model pesawat terbesar di dunia, A380,” kata sumber tersebut yang enggan dikenali.

Jurucakap EASA mengesahkan agensi itu kini bekerja rapat menyelaras penambahbaikan pensijilan keselamatan Airbus terutama teknologi canggih untuk kotak hitam yang bertugas amat kritikal sebagai perakam suara kokpit dan rekod data penerbangan.

Model Airbus paling baharu A350 yang dikeluarkan sejak 14 Jun 2013 mampu memuatkan dari 270 sehingga maksimum 350 penumpang manakala jenis A380 yang dihasilkan sejak 27 April 2005 dapat mengisi kapasiti dari 555 sehingga 853 penumpang.

Sejak pengenalan model pertama A300 pada 1972, Airbus pernah menghasilkan model A310, A318, A319, A320, A321, A330 dan A340 dengan jumlah pengeluaran termasuk model baharu sudah mencecah lebih 14,000 buah sehingga akhir 2014 lalu.

“Teknologi kotak hitam boleh terapung sendiri sebenarnya sudah digunakan semua model pesawat tentera sama ada jenis pengangkut atau jet tempur namun ia belum pernah dipasang untuk pesawat komersial kargo atau penumpang,” kata sumber Airbus.

Nahas pesawat awam biasanya berlaku di atas darat terutama sebelum berlepas atau mendarat di lapangan terbang namun sejak kebelakangan ini banyak kes dilaporkan di laut sehingga mengambil masa lama untuk operasi pengesanan kotak hitam itu.

Sumber Airbus berkata, jenis A350 dan A380 bagi projek perintis pemasangan kotak hitam mudah terapung di laut dipilih kerana dua model itu menjadi kegemaran semua syarikat penerbangan serata dunia untuk perjalanan merentasi perairan antarabangsa.

Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) dijangka bermesyuarat bulan depan bagi membincangkan kemungkinan besar semua pesawat baharu wajib memasang teknologi kotak hitam jenis boleh terapung jika berlaku nahas di kawasan laut. – Agensi

Komen


Berita Berkaitan