Pelanggan berpeluang me­nempah tiket ke destinasi se­perti Pulau Pinang, Kota Kinabalu, Siem Reap, Surabaya, Visakhapat­nam, Tehran, Mauritius, New Delhi, Busan, Hangzhou dan ba­nyak lagi bagi perjalanan dari 1 Mei 2017 hingga 6 Februari 2018.

Ketua Komersial Kumpulan AirAsia, Siegtraund Teh berkata, pelanggan AirAsia X juga berpeluang menikmati kerusi Premium Flatbed ke Chongqing, Chengdu, Gold Coast, Perth dan Sapporo dengan tambang daripada serendah RM699 sehala.

Beliau berkata, ahli-ahli Air­Asia BIG diberi keutamaan untuk tempahan tempat duduk percuma bermula kelmarin, sehari sebelum promosi tersebut dibuka kepada orang ramai.

“Daftar segera sebagai ahli di airasia.com untuk menikmati akses keutamaan. Ini merupakan peluang terakhir bagi para tetamu untuk merebut tempat duduk percuma bagi perjalanan pada tahun ini.

“Tidak kira apa destinasi pilihan anda, kami menawarkan pengalaman penerbangan terbaik dengan memberi kebebasan untuk memilih perjalanan yang pa­ling selesa,” katanya dalam kenya­taan di sini semalam. Promosi tersebut boleh didapati di laman web airasia.com dan aplikasi mudah alih AirAsia. – Utusan Online