Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,636

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

AirAsia tawar tambang promosi Tahun Baru Cina

10:56pm 04/01/2016 Pak Roshan 1180 views Mutakhir,Nasional

gambar hiasan

AIRASIA menawarkan promosi tambang murah dan hadiah khas semasa Tahun Baru Cina akan datang.

Dalam satu kenyataan hari ini, syarikat penerbangan itu berkata, penerbangan ke destinasi domestik seperti Pulau Pinang dan Johor Baharu adalah serendah RM28 sehala, termasuk cukai, Langkawi daripada RM59, Kuching daripada RM99 manakala Kota Kinabalu daripada RM129, semuanya berlepas dari Kuala Lumpur.

Penumpang juga boleh terbang lebih jauh dari Kuala Lumpur ke destinasi seperti Pattaya, Thailand dengan tambang termasuk semua serendah RM89 sehala; Goa, India daripada RM239 sehala; Hangzhou, China daripada RM229; Busan, Korea Selatan daripada RM249; Sydney, Australia daripada RM349 sehala dan penumpang boleh menikmati ‘flatbed premium’ AirAsia X daripada RM699 sehala.

AirAsia berkata, sebagai sebahagian daripada kempen Tahun Baru Cina, penumpang terpilih yang dilahirkan pada Tahun Monyet akan menerima ‘Hot Seat’ percuma apabila mereka menempah penerbangan dalam tempoh promosi itu.

Promosi ini terbuka untuk tempahan di airasia.com mulai hari ini hingga 10 Januari, untuk perjalanan mulai 1 Mei 2016 hingga 5 Februari 2017. – Bernama

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan