Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,771

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

AirAsia Tawar Tambang Promosi RM8

10:09pm 17/07/2016 Pak Roshan 26731 views Mutakhir,Nasional

airasia-passenger-planes-600x338

KUALA LUMPUR – AirAsia dan AirAsia X menawarkan promosi tambang istimewa bagi menyambut kemenangan berterusan syarikat itu pada Anugerah Skytrax baru-baru ini.

Menurut AirAsia, syarikat itu telah dinamakan sebagai Syarikat Tambang Rendah Terbaik Dunia dan Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Terbaik Asia bagi tahun kelapan berturut-turut.

Manakala, AirAsia X memenangi anugerah Kabin Premium Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Terbaik Dunia dan Tempat Duduk Premium Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Terbaik Dunia untuk tahun keempat berturut-turut.

“Dari hanya RM8, orang ramai boleh terbang dengan AirAsia ke Hong Kong, Singapura, Phuket, Krabi, Siem Reap, Phnom Penh, Pekanbaru, Bandar Ho Chi Minh dan banyak lagi destinasi.

“Mereka boleh juga memilih untuk terbang lebih jauh dari hanya RM198 ke destinasi-destinasi AirAsia X seperti Shanghai, Perth, Auckland, Tehran dan Mauritius,” kata AirAsia dalam satu kenyataan media hari ini.

Kata kenyataan itu, orang ramai yang merancang untuk terbang bersama AirAsia X boleh juga menaik taraf ke Tempat Duduk Premium Flatbed dari hanya RM718.

Jelas kenyataan itu, promosi istimewa itu boleh ditempah dari 18 Julai 2016 hingga 24 Julai 2016 bagi tempoh perjalanan dari 4 Januari 2017 hingga 21 Ogos 2017. – MYNEWSHUB.CC

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan