Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,635

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

AirAsia tawar jualan istimewa 72 jam

9:45pm 18/10/2016 Pak Roshan 674 views Mutakhir,Nasional

airasia

KUALA LUMPUR: AirAsia Bhd menawarkan promosi jualan istimewa selama 72 jam ke semua destinasi jarak pendek di China dengan tambang termasuk semua dari RM138 sehala.

Ketua Komersialnya, Spencer Lee, berkata jualan berkenaan untuk penerbangan AirAsia berlepas dari pelbagai hab Malaysia di Kuala Lumpur, Kota Kinabalu, Johor Bahru dan Langkawi ke Guangzhou, Nanning, Hong Kong, Macao, Kunming, Shenzhen, Hangzhou, Changsha, Shantou dan Wuhan.

Katanya, semua destinasi yang dinyatakan itu boleh didapati untuk tempahan secara dalam talian selama 72 jam di airasia.com dari 18 hingga 20 Oktober 2016, dan di aplikasi mudah alih AirAsia.

“Penumpang boleh melakukan perjalanan antara 19 Oktober 2016 dan 22 Januari 2017. China adalah antara pasaran utama kami dan destinasi pilihan ramai rakyat Malaysia,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini. – BH Online

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan