Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

12,499

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

AirAsia Tawar Diskaun 50 Peratus Ke Semua Destinasi

2:32pm 13/05/2017 Pak Roshan 2552 views Mutakhir,Nasional

KUALA LUMPUR – Syarikat penerbangan tambang rendah, AirAsia, menawarkan diskaun sebanyak 50 peratus untuk semua destinasi di seluruh rangkaiannya di Asia Pasifik, Timur tengah dan Amerika Syarikat.

AirAsia dalam satu kenyataan hari ini berkata tawaran itu bermula dari 15 Mei hingga 21 Mei bagi tempoh perjalanan antara 5 September tahun ini hingga 8 Februari tahun depan dan boleh ditempah menerusi laman web airasia.com atau aplikasi AirAsia untuk peranti mudah alih.

“Promosi ini adalah terhad dan mungkin tidak tersedia di semua penerbangan semasa cuti umum, cuti sekolah dan hujung minggu,” kata syarikat penerbangan itu.

 Selain daripada tambang rendah tersebut, syarikat itu berkata pelanggan juga boleh menikmati penjimatan sehingga 50 peratus apabila mereka memilih tempat duduk pilihan mereka menerusi pilihan ‘Pick A Seat’ Airasia.

Airasia berkata promosi 50 peratus itu juga layak bagi pelanggan syarikat penerbangan gabungannya, AirAsia X, yang memilih tempat duduk Zon Senyap atau Premium Flatbed, yang disertakan dengan peruntukan bagasi percuma 40 kilogram serta banyak lagi manfaat.

“Selain itu, pelanggan yang memilih Premium Flatbed yang terbang dari Kuala Lumpur akan menikmati akses ke AsiaAsia Premium Red Lounge secara percuma,” kata syarikat itu.

Sejak mula beroperasi pada 2001, AirAsia mempunyai operasi di Malaysia, Indonesia, Thailand dan Filipina serta India dan Jepun, dengan rangkaian merangkumi seluruh Asia, Australia dan New Zealand, Timur Tengah dan Amerika Syarikat. – BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan