Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,695

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

AirAsia Tawar 3 Juta Tempat Duduk Ke Semua Destinasi

1:27pm 12/06/2016 Pak Roshan 926 views Mutakhir,Nasional

airasia-passenger-planes-600x338

KUALA LUMPUR – AirAsia menawarkan sehingga tiga juta tempat duduk promosi dalam kempen Tempat Duduk Percuma terbaharunya bagi seluruh rangkaian jarak jauh dan jarak pendeknya.

Bermula daripada tambang asas RM0, tidak termasuk cukai dan fi, penumpang boleh membuat perjalanan ke mana-mana lebih daripada 120 destinasi di 24 negara melalui AirAsia dan AirAsia X, kata syarikat penerbangan tambang rendah itu dalam kenyataan di sini.

Tempat duduk promosi itu boleh didapati untuk tempahan dari 13-19 Jun, 2016 untuk tempoh perjalanan dari 4 Januari hingga 21 Ogos, 2017 di AirAsia.com dan aplikasi mudah alih.

Ketua Pegawai Komersial Kumpulan AirAsia Siegtraund Teh berkata ia merupakan peluang yang baik untuk meneroka rangkaiannya yang luas, dijadikan lebih menarik dengan tambahan Shantou, Auckland, Mauritius dan Tehran.

“Kami turut menghubungkan Johor Bahru ke Guangzhou dan Hat Yai, serta Pulau Pinang ke Yangon, selain meningkatkan penerbangan dari Kuala Lumpur ke Melbourne, Sydney, Perth, Osaka, Sapporo, Beijing, Shanghai dan Taipei,” katanya.

Di samping itu, penumpang dengan penerbangan AirAsia X boleh menikmati diskaun bagi produk Premium Flatbed yang mendapat pengiktirafan, dengan harga bermula dari hanya RM799 sehala.

Bagi aktiviti dan promosi terkini AirAsia, layari Twitter (twitter.com/AirAsia) dan Facebook (facebook.com/AirAsia). – BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan