Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

AirAsia tamat penerbangan Bali-Kota Kinabalu

airasia

AIRASIA Indonesia akan menamatkan perkhidmatan penerbangan tiga kali seminggu Bali-Kota Kinabalu berkuat kuasa 23 Jun, 2016.

Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Bhd, Aireen Omar berkata, ia disebabkan pertumbuhan pasaran yang tidak berkembang dan ketidakcekapan perolehan bagi mengimbangi kos.

“Kos operasi juga meningkat dengan agak ketara bagi operasi AirAsia di Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Susulan penamatan perkhidmatan berkenaan, syarikat penerbangan tambang rendah itu akan menawarkan tiga pilihan kepada pelanggan yang terjejas, menurut AirAsia.

Pertama, pelanggan boleh menjadualkan semula perjalanan mereka dengan penerbangan sebelum atau pada 21 Jun, 2016, bergantung kepada ketersediaan tempat duduk, menurutnya.

“Mereka juga boleh memilih untuk ‘credit shell’ yang boleh digunakan sebagai pembayaran bagi pembelian mana-mana tiket AirAsia atau barangan, yang sah selama enam bulan atau 180 hari dari tarikh terbitan,” menurut syarikat itu.

Selain itu, AirAsia turut menawarkan pengembalian wang sepenuhnya daripada jumlah yang sama dengan tempahan pelanggan. – Bernama

Komen


Berita Berkaitan