Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,662

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Airasia Mula Operasi Di Terminal 1 KKIA Esok

5:30pm 30/11/2015 Pak Roshan 670 views Mutakhir,Nasional

airasia-passenger-planes

KUALA LUMPUR : AirAsia akan menjalankan operasi dari Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) mulai 1 Dis, 2015.

AirAsia pada masa ini mengendalikan 504 penerbangan seminggu dari dan ke KKIA dan semua jadual penerbangan sedia ada untuk penerbangan domestik dan antarabangsa kekal tidak berubah.

Penumpang AirAsia yang berlepas atau mendarat di Kota Kinabalu telah dimaklumkan mengenai perpindahan dari Terminal 2 ke Terminal 1, iaitu 4 kilometer dari antara satu sama lain, katanya dalam kenyataan di sini.

“Syarikat penerbangan akan terus memberi bantuan kepada penumpang yang melakukan perjalanan ke dan dari hab Kota Kinabalu berikutan langkah ini,” katanya.

— BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan