Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,651

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

AirAsia mahu rayu cadangan naik cukai lapangan terbang

9:40am 25/09/2016 Pak Roshan 129 views Mutakhir,Nasional

airasia-passenger-planes-600x338

KUALA LUMPUR: AirAsia Bhd akan mengemukakan rayuan kepada kerajaan untuk membatalkan cadangan menaikkan Caj Perkhidmatan Penumpang (PSC) atau cukai lapangan terbang.

AirAsia dalam satu kenyataan kelmarin berkata ia menerima banyak pertanyaan mengenai artikel yang disiarkan oleh sebuah portal berita tempatan mengenai cukai lapangan terbang yang akan dinaikkan, tetapi syarikat penerbangan tambang rendah itu belum menerima sebarang pemberitahuan rasmi daripada Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Mavcom).

Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Chief Executive Officer Aireen Omar berkata cukai tinggi itu akan membebankan rakyat, menjadikan penerbangan udara lebih mahal dan menyebabkan penurunan permintaan terhadap perkhidmatan yang ditawarkan semua syarikat penerbangan yang beroperasi di Malaysia serta menjejaskan sektor pelancongan, pekerjaan dan juga ekonomi negara.

“Kami berharap kebimbangan pelanggan kami ini tidak berasas, tetapi sekiranya ia benar-benar berlaku, kami sebagai mewakili pelanggan dan rakyat, merayu kepada Kerajaan Malaysia untuk membatalkan kenaikan cukai tersebut,” katanya.

Aireen juga menegaskan Malaysia akan hilang kelebihan daya saingnya sebagai hab kos rendah serantau. Bagaimanapun, beliau melahirkan keyakinan kerajaan Malaysia dan Mavcom akan mendahulukan kepentingan jangka panjang negara, rakyat dan tanggungjawab mereka, sejajar dengan hasrat kerajaan menjadikan Malaysia negara yang lebih kukuh dan makmur.

“Kami gembira kerajaan Malaysia menyedari akan perbezaan antara syarikat penerbangan tambang rendah dan syarikat penerbangan perkhidmatan penuh yang akan menjadi faktor dalam menimbang cukai yang akan dikenakan,” katanya sambil menambah perbezaan antara kemudahan di klia2 dan KLIA adalah sebab-sebab yang jelas mengapa cukai tidak boleh menjadi sama. • BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan