Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

AirAsia Dan MAHB Berhubung Baik Mengenai Pengendalian KLIA2

Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Berhad Aireen Omar (depan, empat, kanan) bergambar kenangan bersama pelajar UCSI University pada Program "Rise & Fly With Aireen Omar" anjuran UCSI University di sini, hari ini. - Foto BERNAMA
Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Berhad Aireen Omar (depan, empat, kanan) bergambar kenangan bersama pelajar UCSI University pada Program “Rise & Fly With Aireen Omar” anjuran UCSI University di sini, hari ini. – Foto BERNAMA

SEPANG – AirAsia Bhd dan Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) telah berhubung dengan baik bagi memastikan kelicinan pengendalian Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2).

Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Eksekutif AirAsia, Aireen Omar berkata pengendali lapangan terbang itu memberikan maklum balas yang pantas terhadap isu yang diketengahkan oleh syarikat-syarikat penerbangan yang beroperasi dari klia2.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kerjasama syarikat penerbangan itu dengan MAHB berhubung perkara tersebut.

“Saya fikir isu-isu tersebut merupakan hal yang mereka perlu atasi melalui kerjasama pakar kerana ia tidak boleh diselesaikan hanya dengan sekelip mata,” katanya.

AirAsia memulakan operasinya di klia2 pada Mei tahun lepas.

Sebelum itu, Aireen menghadiri sesi interaktif selama 30 minit dengan para pelajar dari Universiti UCSI di sini hari ini.

Dalam November tahun lepas, MAHB berkata isu pergerakan tanah di kawasan apron dan landasan klia2 dijangka dapat diselesaikan dalam lima tahun akan datang.

Laporan berita memetik Pengarah Urusan MAHB, Datuk Badlisham Ghazali sebagai berkata dijangkakan mungkin terdapat sedikit pergerakan tanah tetapi takungan air dan tekanan akan berkurangan.

“Keadaan ini bukan sahaja akan memberi kesan ke atas operasi tetapi juga ke atas aset terpenting kami iaitu pesawat dan peralatan lain.

“Menteri Pengangkutan telah menubuhkan jawatankuasa bebas yang sedang mencari jalan bagi mengatasi masalah yang kami hadapi,” kata Aireen.

Di rantau ASEAN ini, halangan infrastruktur akan menghadkan pertumbuhan industri penerbangan.

“Ini merupakan sesuatu yang kami harap kumpulan serantau akan meneliti secara bersama selain daripada penyeragaman undang-undang dan peraturan bagi membolehkan industri penerbangan berkembang di dalamnya,” kata Aireen.

Sementara itu, sesi interaktif hari ini meliputi perjalanan kerjaya Aireen dalam kumpulan AirAsia dan pandangan beliau mengenai kepimpinan.

Beliau turut menerima “Anugerah Personaliti dan 10 Pemimpin Muda Terbaik Malaysia Yang Memberi Inspirasi” daripada Universiti UCSI. – BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan