Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,654

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

AirAsia Beri Amaran, Lagi Kes Penipuan Dalam Talian

7:08pm 26/07/2016 Pak Roshan 596 views Mutakhir,Nasional
gambar hiasan

gambar hiasan

KUALA LUMPUR – AirAsia Bhd mengingatkan orang ramai mengenai satu lagi aktiviti penipuan dalam talian yang tersebar luas menerusi media sosial menyatakan syarikat penerbangan itu menawarkan penerbangan percuma selepas mereka menyelesaikan satu tinjauan.

AirAsia atau mana-mana syarikat sekutunya tidak menjalankan tinjauan itu, sebaliknya satu aktiviti penipuan yang menggunakan jenama AirAsia secara tidak sah.

“Kami menasihatkan orang ramai supaya mengabaikan pelawaan itu, dan AirAsia tidak boleh dipertanggungjawabkan ke atas mana-mana dakwaan membabitkan skim palsu berkenaan.

“Kami mengulangi bahawa AirAsia tidak melibatkan perkhidmatan pihak ketiga dalam penganjuran aktiviti, dan sebarang pengumuman akan dibuat menerusi saluran rasmi seperti media masa yang berwibawa serta saluran media sosial rasmi kami,” demikian kenyataan dikeluarkan syarikat penerbangan tambang rendah itu, hari ini.

Difahamkan AirAsia sudah pun membuat laporan polis dan tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas individu atau kumpulan yang terlibat dalam penganjuran skim haram menggunakan jenama AirAsia. – BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan