Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,718

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

AirAsia, AirAsia X Tawar Tambang 59 Sen Sehala

12:45pm 21/08/2016 Pak Roshan 2375 views Mutakhir,Nasional

airasia

KUALA LUMPUR – AirAsia dan AirAsia X kini menawarkan tambang promosi istimewa daripada serendah 59 sen sehala ke pelbagai destinasinya, menerusi tempahan dalam talian mulai Isnin hingga 28 Ogos, 2016.

Dalam satu kenyataan hari ini, AirAsia berkata promosi itu adalah bersempena sambutan Hari Kebangsaan ke-59.

“Tambang asas tidak termasuk cukai dan fi hanya daripada 59 sen sehala itu adalah bagi destinasi dari Kuala Lumpur ke pelbagai destinasi termasuk Alor Setar, Johor Bahru, Siem Reap, Ho Chi Minh City dan lain-lain.

“Tambang promosi ke semua destinasi dalam rangkaian perkhidmatan AirAsia dan AirAsia X seperti Macao, Lombok, Kolkata, Tehran, Osaka, Shanghai dan tempat lain yang menarik, turut ditawarkan dalam tempoh promosi berkenaan,” kata syarikat penerbangan tambang rendah itu.

Syarikat penerbangan itu berkata tambang promosi ini tersedia untuk tempoh seminggu di airasia.com dan aplikasi mudah alih AirAsia, dengan penumpang boleh terus terbang, selain menikmati tempoh perjalanan yang lebih lama dari 23 Ogos, 2016 hingga 9 Mac, 2017. – BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan