Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Air terjun buatan manusia

AIR terjun buatan manusia di bandar Kunming yang dirasmikan semalam.
AIR terjun buatan manusia di bandar Kunming yang dirasmikan semalam.

Kunming: Pihak berkuasa bandar ini merasmikan air terjun buatan manusia yang mengagumkan seluas 396 meter yang direka untuk menyediakan bekalan air ketika kecemasan.

Struktur yang dibina di bandar Kunming, wilayah Yunnan itu mengambil masa tiga tahun untuk disiapkan dan menelan kos 1.1 billion yuan (RM733 juta).

Ia siap pada tahun lalu dan orang ramai memberikan tepukan gemuruh apabila ia dirasmikan, sekali gus menjadi mercu tanda terbaru di barat daya China.

Air terjun berkenaan mampu menyalurkan kira-kira 300,000 meter padu air dari Sungai Niulan ke Tasik Dianchi.

Ia dikatakan dibina sebagai persediaan berdepan masalah kekurangan air, di negara di mana 60 peratus daripada air bawah tanah tercemar.

Kualiti air adalah masalah besar bagi China, dengan ramai penduduk di kawasan bandar memasak atau membeli air botol bagi memastikan ia selamat untuk diminum.

Projek membina air terjun yang akan membantu ketika musim kemarau itu, turut membabitkan pengubahan paip sedia ada dan pembinaan sebuah tasik besar. – Agensi/HMetro

Komen


Berita Berkaitan