Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,718

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Air Pasang Besar, APM Sandakan Tumpu Pemantauan Di Perkampungan Atas Air

6:58pm 14/11/2016 Pak Roshan 17 views Mutakhir,Sandakan,Tempatan

kampung air

SANDAKAN : Angkatan Pertahanan Awam (APM) menumpukan pemantauan di perkampungan atas air di sekitar daerah ini dan Kinabatangan ekoran fenomena air pasang besar yang bermula hari ini.

Ketua APM Sandakan Ahmad Roslan berkata kawasan tersebut membabitkan Sim-Sim, Tinusa, Karamunting, Sekong, Gum-Gum di daerah Sandakan dan Sukau di Kinabatangan.

Katanya paras ketinggian ombak dijangka mencecah 2.28 hingga 2.53 meter mulai pukul 5 petang hingga 9 malam.

Orang ramai diingatkan sentiasa berwaspada dan mengelakkan daripada melakukan aktiviti air dalam tempoh berkenaan, katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Pada masa sama, beliau meminta orang ramai mengelakkan daripada melakukan aktiviti riadah di tepi pantai buat masa ini.

— BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan