Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,647

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Air mata presiden

11:21am 07/01/2016 Pak Roshan 13 views Global
OBAMA mengelap air mata.

OBAMA mengelap air mata.

Washington: Presiden Barack Obama mengalirkan air mata ketika mengumumkan langkah-langkah yang bakal diperkenalkan terhadap pemilikan senjata api di Amerika Syarikat (AS).

Obama memberi sebagai contoh kejadian 20 kanak-kanak ditembak mati pada 2012 dalam kejadian di Sekolah Sandy Hook, Connecticut untuk menunjukkan betapa serius keadaan berkenaan.

“Saya menjadi terlalu marah setiap kali mengenangkan nasib kanak-kanak yang tidak berdosa itu.

“Pembunuhan seperti itu tidak sepatutnya menjadi harga yang perlu dibayar untuk kebebasan (memiliki senjata),” katanya dalam acara yang turut dihadiri keluarga mangsa serta mereka yang terselamat dalam pelbagai kejadian senjata api sejak bertahun-tahun lalu.

Obama turut mengkritik pihak Republikan yang mengutuk langkah keselamatan diperkenalkannya, termasuk Donald Trump.

“Kami bukan mahu merampas pistol semua orang. Pada saya kita boleh mengurangkan keganasan berkaitan senjata api tanpa melanggar hak pemilikan mengikut Perlembagaan kita.

“Kita perlu mendesak supaya Kongres cukup berani dan tidak termakan dengan helah pihak yang melobi senjata. Semua ini demi keselamatan rakyat.

“Kita perlu mendesak gabenor, penggubal undang-undang dan peniaga memainkan peranan lebih penting bagi memastikan keselamatan rakyat,” katanya. – Agensi/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan