Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,669

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Air mata batu

9:55am 24/02/2016 Pak Roshan 1082 views Global
LIANG menggunakan penyepit untuk mengeluarkan batu dari bawah kelopak mata Ding. Gambar kecil, antara batu yang keluar dari mata Ding.

LIANG menggunakan penyepit untuk mengeluarkan batu dari bawah kelopak mata Ding. Gambar kecil, antara batu yang keluar dari mata Ding.

Beijing: Seorang wanita dari wilayah Shandong di China terpaksa menahan kesakitan selepas batu kecil sering keluar dari kelopak matanya hampir setiap hari.

Ding Aihua yang berasal dari kampung Lufang memberitahu, batu sebesar kacang soya itu dikesan keluar dari matanya sejak tujuh tahun lalu.

Katanya, dia sudah berjumpa dengan ramai doktor dan semuanya bingung dengan keadaan itu serta gagal merawatnya.

“Pada mulanya mata saya berasa sakit dan terasa seperti ada objek keras di dalam kelopak mata saya.

“Apabila suami saya melihat mata saya dia terkejut apabila menemui batu kecil di bawah kelopak mata,” katanya. – Agensi/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan