Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,645

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Air Asia Berhad lancar pembukaan laluan baru KK- Wuhan

9:51pm 22/01/2016 Elezebeth Esther Onjining 137 views Tempatan
Masidi (kedua dari kanan) dan Irene (kedua dari kiri) mengucapkan selamat tinggal kepada salah seorang penumpang penerbangan ke Wuhan (tengah) yang disaksikan oleh Spencer (ketiga dari kiri)

Masidi (kedua dari kanan) dan Irene (kedua dari kiri) mengucapkan selamat tinggal kepada salah seorang penumpang penerbangan ke Wuhan (tengah) yang disaksikan oleh Spencer (ketiga dari kiri)

KOTA KINABALU- Syarikat penerbangan Air Asia Berhad telah melancarkan penerbangan sulungnya dari bandar ini ke Wuhan, hari ini

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Negeri Sabah, Datuk Seri Panglima Masidi Manjun berkata industri pelancongan negeri ini akan mengalami peningkatan pada bulan Julai dan Ogos, tahun ini.

“Sabah merupakan destinasi ideal bagi para pelancong dari Wuhan untuk bercuti kerana bandar tersebut tidak mempunyai kawasan pinggir laut”, katanya.

Beliau berkata demikian semasa sidang akhbar sempena majlis pelancaran pembukaan laluan baru KK- Wuhan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu, disini.

Disamping itu, Ketua Komersil Air Asia Berhad berkata pelancaran laluan baru tersebut merupakan satu inisiatif dan komitment syarikat tersebut bagi membangunkan Sabah sebagai laluan utama para pelancong dari negara China masuk ke Malaysia Timur.

“Kami yakin bahawa bilangan pelancong China ke negeri ini akan semakin bertambah sempena pembukaan laluan baru ini disamping memperkukuhkan hubungan sosial dan budaya bagi kedua- dua buah negara”, katanya.

Spencer turut mengumumkan bahawa rakyat Sabah kini boleh menikmati penerbangan secara terus ke Wuhan, China dengan harga yang berpatutan.

Bersempena dengan pelancaran laluan baru itu juga, Air Asia telah menawarkan harga promosi serendah RM 249 sehala bagi laluan tersebut.

Turut hadir dalam majlis pelancaran pembukaan laluan baru Kota Kinabalu- Wuhan tersebut ialah Pengurus Besar Lembaga Pelancongan Sabah, Datuk Irene Charuruks. Oleh Elezebeth Esther/ SayangSabah.

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan