Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

12,510

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

AIM main peranan ubah nasib bumiputera

5:26pm 05/04/2017 Leolerry Lajius 33 views Tempatan

TERBAIK…Jamawi menunjukan isyarat bagus bersama para sahabat AIM yang hadir ke program tersebut.

TENOM : Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) banyak memainkan peranan dalam mengubah nasib kaum bumiputera khasnya dalam meningkatkan lagi taraf hidup dan ekonomi mereka. 
 
Ketua Pergerakan Pemuda Umno bahagian Tenom Jamawi Jaafar berkata, AIM bukan setakat mengubah tahap ekonomi rakyat malah juga berjaya mentranformasikan tahap sosial pesertanya yang selama ini hidup serba kekurangan.
 
“ Usaha dilaksanakan kerajaan Barisan Nasional (BN) menerusi Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) telah berjaya membantu banyak keluarga keluar daripada garis kemiskinan, sehingga mendapat pengiktirafan di peringkat antarabangsa” katanya ketika berucap merasmikan Program Hari Keluarga Sahabat AIM Blok Kuala Tomani Kemabong Tenom baru baru ini.
 
Jamawi yang juga Ketua Penerangan Pergerakan Pemuda Umno berkata AIM yang ditubuhkan sejak 29 tahun lepas Berjaya mencapai objektifnya dalam menyediakan pembiayaan kredit mikro kepada golongan miskin terutamanya di kawasan luar Bandar bagi mengusahakan pelbagai kegiatan ekonomi mereka seharian.
 
Menurut Jamawi usaha kerajaan untuk membasmi kemiskinan berjayakan dilaksanakan kerana kerajaan mempunyai data lengkap mengenai golongan miskin yang perlu dibantu melalui system e-kasih. 
 
“Sejak penubuhan AIM pada 1989, ia telah menyalurkan pinjaman  lebih dari RM11.06 bilion bagi membantu 347,000 sahabat AIM di seluruh Negara, “katanya. 
 
Beliau turut menyatakan, usaha serta komitmen yang dilakukan oleh kerajaan membuktikan kerajaan serius membantu rakyat untuk keluar dari garis kemiskinan, bagaimanapun tambah beliau  peluang serta kemudahan yang disediakan oleh kerajaan ini menjadi sia-sia jika rakyat malas berusaha dan tidak memanafaatkan segala peluang  dan ruang yang disediakan oleh kerajaan. 
 
Sehubungan dengan itu Jamawi turut mengingatkan rakyat agar terus memberikan sokongan padu kepada kerajaan bagi menjamin kestabilan politik dan ekonomi Negara dapat dikekalkan dan ditingkatkan yang mana menurut beliau kestabilan ini akan turut dinikmati oleh rakyat tanpa mengira kaum dan agama.
 
Dalam pada itu Jamawi turut mengingatkan agar mereka yang memperolehi pinjaman melalui program AIM ini tidak culas untuk membuat pembayaran pinjaman balik bagi membolehkan kerajaan dapat melebar luaskan lagi pinjaman kepada peserta peserta baru yang memohon pinjaman melalui AIM. /SayangSabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan