Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

AIM Lulus Pinjaman RM4j Kepada 1,500 Sahabat AIM Caw. Tawau 2

aim

TAWAU – Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) meluluskan pinjaman kepada 1,500 usahawan di bawah AIM cawangan Tawau 2 melibatkan separuh daripada RM8 juta dana yang disediakan.

Pengurus Wilayah Sabah Selatan AIM Suharno Ali berkata setakat ini, peratusan pembayaran balik bagi kesemua pinjaman berkenaan mencapai tahap yang memberangsangkan iaitu sebanyak 98 peratus.

“AIM memberi pinjaman kepada setiap Sahabat AIM antara RM3,000 dan RM20,000 bagi membantu usahawan, khususnya golongan wanita mendapatkan pinjaman bagi memajukan perniagaan masing-masing,” katanya pada Majlis Perasmian Kelab Usahawan An Nisa Cawangan Tawau 2 AIM di sini malam tadi.

Ketika merasmikan kelab itu, Pembantu Menteri Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat Sabah Datuk Hamisa Samat berkata kerajaan negeri sentiasa menyokong usaha memperkasa usahawan wanita.

Katanya, usaha AIM berkenaan berpotensi membantu lebih ramai usahawan wanita mendapatkan modal meluaskan perniagaan sekali gus berupaya meningkatkan pendapatan ekonomi masing-masing.

“Kerajaan sentiasa berusaha membela nasib rakyat, namun usahawan juga perlu membuka minda dan sentiasa kreatif dan bersifat inovasi untuk mencipta kejayaan,” katanya. – BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan