Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Aidil diarah bayar kos Rita

rita

PETALING JAYA: Hakim Mahkamah Rendah Syarie menegur kapten pasukan Harimau Malaya, Mohamad Aidil Zafuan Abd Razak supaya memberi komitmen kepada mahkamah berhubung kes tuntutan nafkah dua anaknya yang difailkan bekas isterinya, pelakon Rita Rudaini.

Teguran itu dibuat selepas Aidil Zafuan yang mewakili pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) itu tidak hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Subang Bestari di sini, semalam kerana terbabit dalam perlawanan bola sepak menentang Sarawak di negeri itu yang berlangsung malam tadi.

Hakim Syarie Abd Halim Abu Samah kemudian memerintahkan Aidil Zafuan, 27, selaku defendan untuk membayar kos kehadiran berjumlah RM300 kepada Rita (plaintif) selepas membenarkan permohonan peguam syarie Rita Datuk Mohd Zaidi Mohd Zain.

Terdahulu, Roshdan Sujak Rafie membantah permohonan itu kerana anak guamnya sudah memaklumkan ketidakhadiran ke prosiding semalam terlebih dahulu kerana terbabit dalam perlawanan bola sepak di Kuching, Sarawak malam tadi, namun plaintif tetap memilih untuk hadir.

Bagaimanapun, Mohd Zaidi memaklumkan bahawa Rita hadir ke mahkamah bukan atas pilihan, namun kerana perintah mahkamah dan memohon kos kehadiran dikenakan sebagai pengajaran kepada defendan.

Dalam perkembangan sama, Abd Halim berkata, walaupun Aidil Zafuan gagal hadir ke prosiding kerana arahan majikan (terbabit perlawanan bola sepak), namun kehadirannya ke mahkamah adalah perintah mahkamah.

“Perlawanan yang disertai defendan itu pada sebelah malam, sepatutnya majikan mengambil inisiatif membawanya (Aidil Zafuan) dengan penerbangan lewat berikutan adanya prosiding mahkamah.

“Alasan remeh-temeh ini menyebabkan kes tertangguh,” katanya.

Mahkamah kemudian menetapkan 20 Ogos depan untuk menyambung semula perbicaraan kes itu.

Rita, 38, menuntut RM5,392 sebulan nafkah dua anak mereka, Airit Rayyan Rizqin, 5, dan Airit Qaqa Arjuna, 3, merangkumi perbelanjaan makan minum, pengasuh dan juga lampin pakai buang.

Komen


Berita Berkaitan