Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,735

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

AIC jalin kerjasama dengan UNIRAZAK

6:12pm 17/11/2016 Elezebeth Esther Onjining 11 views Kota Kinabalu,Perniagaan,Tempatan
KENANGAN... Stephanie (dua kiri) dan Dr. Zabid (dua kanan) merakamkan gambar kenangan sambil memegang MoU yang telah ditandatangani.

KENANGAN… Stephanie (dua kiri) dan Dr. Zabid (dua kanan) merakamkan gambar kenangan sambil memegang MoU yang telah ditandatangani.

KOTA KINABALU- Almacrest International College (AIC) telah memeterai satu perjanjian persefahaman (MoU) berkenaan jaminan pemindahan jam kredit (Guaranteed Credit Transfer) dengan Universiti Tun Abdul Razak (UNIRAZAK), hari ini.

Ketua Eksekutif AIC, Stephanie Yen Chung Wai berkata kerjasama tersebut bertujuan untuk memudahkan urusan para pelajar yang ingin meneruskan pengajian ke peringkat yang seterusnya khususnya di UNIRAZAK.

” Jumlah jam kredit yang boleh dipindah adalah sehingga 30 jam kredit dimana nilai jam kredit itu sama dengan tempoh satu tahun pengajian,” katanya ketika berucap sempena majlis menandatangani MoU bersama UNIRAZAK, disini.

Hadir sama, Pengerusi AIC, Dato Dr. Mohd Yahya Nordin dan Presiden merangkap Naib Canselor UNIRAZAK, Prof Datuk Seri Dr. Md. Zabid Abdul Rashid.

Menurut Dr. Zabid, kerjasama tersebut merupakan satu jaminan bahawa para graduan AIC boleh meneruskan pengajian mereka ke peringkat seterusnya di UNIRAZAK .

” Graduan AIC yang sebelum ini telah menamatkan pengajian mereka, contohnya, Diploma Perakaunan, boleh meneruskan pengajian dalam bidang yang sama di UNIRAZAK.

” Malah, mereka (graduan AIC) boleh memendekkan tempoh pengajian dengan jaminan permindahan jam kredit apabila meneruskan pengajian dalam bidang yang sama di UNIRAZAK,” katanya.

Dalam masa sama, beliau turut berkata bahawa UNIRAZAK telah menaja sebanyak dua orang pelajar dari AIC.

Katanya, lebih kurang RM200,000 terdiri daripada wang pembiayaan tuisyen dan sara hidup telah diperuntukkan untuk kedua- dua pelajar tersebut.

” Setiap pelajar akan menerima RM 100 ribu dan mereka dijangkakan akan memulakan pengajian pada bulan Februari tahun hadapan,” katanya. Oleh Elezebeth Esther/SayangSabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan