Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,682

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Ahmad Razif Sah Kekal MB Terengganu – PM

2:40pm 01/05/2016 Pak Roshan 29 views Isu Semasa,Mutakhir
ahmad-saif

Ahmad Razif Abdul Rahman

KUALA LUMPUR – Menteri Besar Terengganu, Ahmad Razif Abdul Rahman akan terus kekal sebagai Menteri Besar negeri tersebut dan menjalankan tugas rasminya itu seperti biasa.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, ketika mengesahkan perkara itu berkata, ia diputuskan selepas beliau mengadakan pertemuan dengan Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin pada Sabtu.

Beliau berkata, dengan pengumuman rasmi tersebut, diharap tidak akan timbul lagi sebarang persoalan dan andaian mengenai kedudukan sebenar Ahmad Razif sebagai Menteri Besar.

“Sekarang ini perlu tumpu kepada tanggungjawab dan tugas untuk terus memastikan pentadbiran Kerajaan Terengganu berjalan lancar demi menjamin pembangunan serta kesejahteraan rakyat,” katanya.

Najib menyatakan demikian pada sidang media selepas majlis Sambutan Hari Pekerja Peringkat Kebangsaan 2016 di Puat Dagangan Dunia Putra di sini, pada Ahad.

Mengenai sama ada darjah kebesaran yang ditarik balik daripada Ahmad Razif oleh Sultan Terengganu bakal dianugerahkan semula kepadanya, Najib enggan mengulas dengan lebih lanjut.

Beliau yang juga Pengerusi Barisan Nasional berkata, itu adalah hak mutlak Sultan Terengganu dan Perdana Menteri tidak mahu masuk campur mengenai perkara tersebut. – Mynewshub.cc/HAA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan