Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,660

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Ahmad Dhani mengamuk di mahkamah

11:12am 20/11/2015 Pak Roshan 2768 views Global
AHMAD Dhani ketika hadir pada perbicaraan kes samannya di sebuah mahkamah di Jakarta, semalam.

AHMAD Dhani ketika hadir pada perbicaraan kes samannya di sebuah mahkamah di Jakarta, semalam.

Jakarta: Penyanyi kumpulan Dewa 19, Ahmad Dhani tidak dapat menahan perasaan marahnya ketika menjadi saksi dalam perbicaraan kes samannya terhadap seorang peguam, Farhat Abbas di sebuah mahkamah di sini semalam.

Ahmad Dhani pada mulanya dilihat kurang senang dengan tindakan Farhat yang menyoalnya dengan pelbagai soalan.

Kesabaran Ahmad Dhani sampai ke kemuncaknya apabila dia ditanya mengenai satu kemalangan jalan raya yang membabitkan anaknya, Dul yang menyebabkan dua orang maut.

“Saya tidak pernah menyatakan diri saya muflis, kalau kehabisan wang, ya.

“Kehabisan wang sangat berbeza dengan muflis kerana saya boleh mendapatkan wang pada keesokan harinya,” teriak Ahmad Dhani.

Ahmad Dhani juga berang selepas Farhat menyoal adakah dia memberi keizinan kepada Dul memandu kereta sehingga terbabit dalam kemalangan berkenaan.

“Saya tidak pernah mengajar anak saya memandu kereta, malah saya juga tidak tahu dia boleh memandu.

“Perkara ini sudah diputuskan di mahkamah,” katanya. – Agensi/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan