Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Ahmad Dhani mahu jadi gabenor Jakarta

AHOK (kiri) dan Ahmad Dhani.
AHOK (kiri) dan Ahmad Dhani.

Jakarta: Pemuzik terkenal Ahmad Dhani dikatakan akan bertanding menentang Basuki Tjahaja Purnama atau Ahok dalam pilihan raya memilih Gabenor Jakarta tahun depan.

Menurut laporan media Indonesia, Ahmad Dhani akan dicalonkan oleh Parti Kebangkitan Bangsa (PKB) untuk merebut jawatan berkenaan.

Pegawai PKB Abdul Aziz berkata, pemuzik itu yang juga anggota Nahdlatul Ulama dan mengetuai bahagian seni pergerakan berkenaan mempunyai bakat yang tidak dimiliki kebanyakan orang.

“Dia ada impian untuk mengembangkan pembangunan Jakarta. Dia juga popular dalam kalangan penduduk bandar raya ini,” kata Abdul Aziz.

Sementara itu, ketika mengulas mengenai kemungkinan dicabar oleh Ahmad Dhani, Ahok berkata: “Tidak apa-apa. Bagus dong!”

Selain Ahmad Dhani, nama lain yang dikatakan akan turut menjadi calon dalam pilihan raya berkenaan ialah Adyaksa Dault, Sandiaga Uno, dan bekas pengerusi Parti Bulan Bintang (PBB) Yusri Ihza Mahendra. – Agensi/HMetro

Komen


Berita Berkaitan