Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,694

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Ahmad Dhani dituduh menghina presiden

12:05pm 08/11/2016 Pak Roshan 15 views Global
AHMAD Dhani memegang sepanduk ketika menyertai tunjuk perasaan di Jakarta pada Jumaat lalu. - Agensi

AHMAD Dhani memegang sepanduk ketika menyertai tunjuk perasaan di Jakarta pada Jumaat lalu. – Agensi

Jakarta: Penyanyi dan komposer terkenal Indonesia, Ahmad Dhani didakwa menghina Presiden Joko Widodo (Jokowi) dalam tunjuk perasaan pada Jumaat lalu.

Beberapa penyokong Jokowi termasuk pertubuhan Laskar Rakyat Jokowi (LRJ) memfailkan aduan terhadap Ahmad Dhani di Polis Metro Jaya di sini, semalam.

“Kami menyerahkan bukti visual dalam bentuk fail video kepada penyiasat polis,” kata pengerusi LRJ, Riano Oscha yang dipetik portal tempo.co.

Ahmad Dhani dituduh menghina Jokowi ketika berucap dalam perhimpunan besar-besaran bagi membantah Gabenor Jakarta, Basuki Tjahaja Purnama.

Ucapan Ahmad Dhani yang tersebar di media sosial itu menunjukkan penyanyi itu menghina Jokowi kerana enggan bertemu dengan wakil penunjuk perasaan.

Menurut penyokong Jokowi, ucapan Ahmad Dhani itu melanggar undang-undang kerana menghina presiden Indonesia.

“Secara jujur, kami tersinggung dengan ucapan itu yang keterlaluan. Dia melabelkan presiden dengan panggilan yang tidak patut digunakan sebagai contoh ‘binatang’,” kata Riano.

Riano mendesak polis mengambil tindakan terhadap Ahmad Dhani atas tuduhan menghina negara kerana presiden adalah simbol negara. – Agensi/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan