Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Ahmad Bujang Dilantik Semula Pengerusi LIGS Untuk Penggal Kedua

getah

KOTA KINABALU:  Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Sindumin, Datuk Ahmad Bujang hari ini dilantik semula sebagai Pengerusi Lembaga Industri Getah Sabah (LIGS) untuk penggal kedua.

Watikah pelantikan berkenaan diserahkan oleh Timbalan Ketua Menteri, yang juga Menteri Pertanian dan Industri Makanan Sabah, Datuk Seri Yahya Hussin dalam satu majlis di Wisma Pertanian Sabah, di sini, Selasa.

Pelantikan semula itu berkuatkuasa mulai April 2014 hingga April 2017. Pada majlis itu, Datuk Webley Dusim turut menerima watikah pelantikan sebagai Timbalan Pengerusi LIGS.

Yahya dalam ucapannya menegaskan bahawa pelantikan itu merupakan amanah kerajaan negeri kepada mereka dalam usaha membantu LIGS memajukan industri getah di Sabah, khususnya untuk menaikkan taraf hidup para pekebun kecil getah.

Beliau menegaskan, LIGS sebagai agensi badan berkanun, terikat dengan etika, peraturan serta dasar juga arahan yang perlu dipatuhi sepanjang masa.

Katanya, adalah menjadi tanggungjawab Ahli Lembaga Pengarah untuk memastikan semua dasar yang digubal dan diluluskan selaras dengan peruntukan enakmen penubuhan badan berkanun khususnya LIGS.

“Justeru, kuasa dan tanggungjawab Ahli Lembaga Pengarah adalah terhad kepada peraturan yang telah ditetapkan, iaitu memantau dan memastikan dasar dan peraturan dilaksanakan sepenuhnya oleh pihak pengurusan LIGS.

“Ini tidak termasuk kuasa untuk mentadbir. Semua urusan pentadbiran dipertanggungjawabkan kepada Pengurus Besar dan Ketua Eksekutif LIGS,” tegasnya.

Turut hadir di majlis itu ialah Setiausaha Tetap Kementerian, Datuk Ujang Sulani, Pengurus Besar LIGS, Datuk Harris Mathews dan Setiausaha Politik Yahya, Evon Benedick

Komen


Berita Berkaitan