Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Ahmad angkat sumpah Timbalan Speaker DUN Sabah

Kota Kinabalu : Majlis Angkat Sumpah Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah, Datuk Ahmad Abdul Rahman berlangsung di hadapan Yang Dipertua Negeri, Tun Juhar Datuk Mahiruddin dan Toh Puan Norlidah Tan Sri R.M Jasni di Istana Negeri pada Khamis.

Selepas upacara lafaz ikrar jawatan, beliau kemudiannya menandatangani watikah pelantikan disaksikan Hakim Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu, Datuk Mairin @ Martin Idang.

Ahmad, 68, berasal dari Kota Kinabalu merupakan peguambela dan peguamcara serta peguam syariah yang berpengalaman lebih 30 tahun.

Turut hadir, Timbalan Ketua Menteri yang juga Menteri Perdagangan dan Perindustrian, Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau, Menteri Belia dan Sukan, Poon Ming Fung @ Frankie dan dif-dif kenamaan yang lain./Penerangan-

Ahmad melafaz ikrar jawatan Timbalan Speaker DUN Sabah di hadapan Tun Juhar (kiri) dan Toh Puan Norlidah.

Komen


Berita Berkaitan