Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,657

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Ahli UMNO Sabah Keluar Parti Kerana Dibayar, GAUM Buat Laporan Polis

9:36pm 12/07/2016 Pak Roshan 3260 views Mutakhir,Politik

GAUM-POLIS-UMNO-SABAH

KUALA LUMPUR – Gusar dengan kewujudan ‘tangan ghaib’ yang menawarkan wang tunai bagi mempengaruhi ketua-ketua cawangan dan ahli UMNO di Sabah agar keluar daripada parti berkenaan, Gerakan Akar Umbi UMNO Malaysia (GAUM) tampil membuat satu laporan polis berhubung insiden terbabit.

Pengerusinya, Zulkarnain Mahdar membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Karamunsing Sabah pada jam 1.00 tengah hari semalam, 11 Julai bagi menyiasat kesahihan dakwaan bahawa terdapat usaha daripada pihak tertentu yang menawarkan wang tunai sehingga mencecah ribuan ringgit sebagai imbuhan agar meninggalkan parti Umno dan menyertai gerakan mereka untuk menentang parti pemerintah.

“Desas-desus itu seakan nyata selepas tindakan kira-kira 600 ahli daripada 100 cawangan di bahagian Batu Sapi, Sandakan bertindak keluar parti berkenaan yang berkuatkuasa kelmarin ekoran tidak berpuas hati dengan tindakan Majlis Tertinggi (MT) Umno menggantung keahlian bekas naib presidennya, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal tempoh hari.

“Kami juga  meminta pihak Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) turut menyiasat perkara ini sekiranya terbukti benar mereka menawarkan wang tunai kepada ketua cawangan atau ahli Umno untuk keluar parti.

“Jika terbukti ianya benar, saya sifatkan ia adalah satu perbuatan jijik kerana sengaja mahu memporak-perandakan Umno Sabah yang sememangnya kubu kuat parti ini di Malaysia,” ujarnya menerusi satu kenyataan hari ini.

Mengulas lebih lanjut, Zulkarnain berkata perbuatan 600 ahli dari bahagian Umno Batu Sapi yang keluar parti susulan tidak berpuas hati dengan tindakan Majlis Tertinggi (MT) UMNO yang mengantung Shafie dari jawatannya, berkemungkinan disebabkan mereka sudah dibayar oleh pihak tertentu dan dilihat hanya menjadi sekadar petualang sahaja.

“Menurut maklumat yang kami terima, tidak sampai 600 ahli yang keluar parti dan hanya kira-kira 50 hingga 100 lebih orang sahaja bertindak demikian di Batu Sapi. Sandakan. Walaupun diakui kehadiran pada majlis tersebut dianggarkan seramai 300 orang namun kesemua mereka bukanlah ahli UMNO.

“Saya cabar, jika ia benar mereka perlu tunjukkan kad keahlian dan nombor ahli barulah kami akan percaya,” katanya.

Tambah beliau, tindakan gerakan oleh pihak menyebelahi Shafie ini dijangka akan memperluaskan usaha mempengaruhi mereka di semua bahagian-bahagian Umno seluruh Sabah dengan harapan individu-individu terbabit bakal menyebelahi dan menyertai gerakan mereka.

“Harus diingat UMNO Sabah yang di pimpin oleh YAB Datuk Seri Musa Hj Aman  mempunyai 25 Bahagian dengan 5,676 cawangan dan mempunyai jumlah keahlian seramai 546,879 orang.

“Tindakan mereka langsung tidak akan menggugat malah dilihat akan mengukuhkan lagi barisan parti dan tidak terpengaruh dengan propaganda yang kini dilakukan oleh mereka menentang Umno,” ujarnya. – klxpress.com.my

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan