Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,654

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Ahli UMNO perlu tingkatkan solidariti

2:45pm 11/12/2015 Ann Vivien 9 views Nasional,Politik
Datuk Haji Zakaria Mohd.Edris

Datuk Haji Zakaria Mohd.Edris

KOTA KINABALU: Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri, Datuk Haji Zakaria Mohd.Edris menyambut

baik dan mengalu-alukan ajakan Presiden Umno kepada semua anggota parti bagi meningkatkan solidariti demi kelangsungan perjuangan menghadapi cabaran politik mutakhir ini.

Katanya, ajakan Presiden Umno itu mencerminkan kesungguhan dan komitmen beliau mahu memastikan Umno kekal relevan dan menjadi wadah perjuangan orang Melayu dan Bumiputera seluruhnya.

“Bagi saya, mesej yang disampaikan Presiden amat jelas apabila beliau merujuk kepada Perlembagaan parti sebagai sandaran kepada setiap pemimpin dan ahli, supaya tidak tersasar atau tergelincir daripada landasan”, katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas Ucapan Dasar Presiden pada Perhimpunan Agung UMNO 2015 di Kuala Lumpur, hari ini.

Najib dalam ucapannya mengingatkan ahli-ahli parti supaya setia kepada pemimpin dan bersatu sebagai sebuah pasukan bagi mengelakkan rakyat ditimpa bencana jika Negara ini diperintah oleh pihak yang anti Islam dan anti Melayu.

Beliau menegaskan penyatuan bersama dalam UMNO amat penting kerana reality politik di Malaysia menunjukkan orang Melayu dan Bumiputera hanya mempunyai dua pilihan iaitu kekal bersama dengan UMNO atau melepaskan pemerintahan kepada pakatan yang didominasi DAP.

Zakaria yang juga Naib Ketua UMNO Bahagian Libaran justeru berkata, adalah perlu bagi ahli parti meningkatkan kesatuan dan perpaduan antara satu sama lain, yakni dari peringkat akar-umbi hingga ke peringkat saf kepimpinan, bagi menutup ruang kepada musuh-musuh politik menghancurkan parti keramat ini.

“Presiden tidak berkias-kias dalam ucapannya, sebaliknya berterus-terang di hadapan semua ahli mengenai pentingnya perjuangan parti dijulang dan diletakkan mengatasi semua kepentingan diri atau individu.

“Natijahnya, setiap ahli perlu menghayati mesej yang disampaikan Presiden dan mengaplikasikannya dalam gerak kerja apabila kembali ke kawasan atau bahagian masing-masing”, tegasnya.-Sayangsabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan