Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,728

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Ahli UMNO perlu terus bersatu memperkukuhkan ikatan antara ahli- Zahid

4:54pm 05/03/2016 Elezebeth Esther Onjining 63 views Berita Pilihan,Mutakhir,Nasional,Tempatan
Zahid (ketiga dari kiri) semasa sidang media sempena Majlis Perjumpaan Khas bersama pemimpin UMNO Sabah, di bangunan UMNO Sabah, hari ini. Turut kelihatan Menteri Pertahanan Malaysia, Datuk Hishammuddin Tun Hussien (ketiga dari kanan), Ketua Wanita UMNO Malaysia, Datuk Seri Shahrizat Jalil (kanan) dan Musa (kedua dari kiri), serta ahli kepimpinan tertinggi UMNO.

Zahid (ketiga dari kiri) semasa sidang media sempena Majlis Perjumpaan Khas bersama pemimpin UMNO Sabah, di bangunan UMNO Sabah, hari ini. Turut kelihatan Menteri Pertahanan Malaysia, Datuk Hishammuddin Tun Hussien (ketiga dari kanan), Ketua Wanita UMNO Malaysia, Datuk Seri Shahrizat Jalil (kanan) dan Musa (kedua dari kiri), serta ahli kepimpinan tertinggi UMNO.

KOTA KINABALU- Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyeru kepada semua ahli parti tidak kira UMNO mahupun Barisan Nasional (BN) agar tetap bersatu dalam memperkukuhkan ikatan antara ahli.

Beliau berkata seluruh kepimpinan UMNO tidak kira di bahagian peringkat akar umbi termasuk negeri mahupun pusat perlu meneruskan usaha memperkasakan dan memperkukuhkan institusi kepimpinan yang sedia ada.

“Kami di bahagian pusat dan negeri- negeri di peringkat akar umbi berazam untuk memperkukuhkan dan memperkasakan perpaduan di kalangan UMNO,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu sidang media sempena Majlis Perjumpaan Khas bersama pemimpin UMNO Sabah, di bangunan UMNO Sabah, hari ini.

Menurut Zahid, beliau yakin perpaduan di kalangan ahli- ahli UMNO dalam mendukung kepimpinan UMNO kekal utuh walaupun terdapat deklarasi yang dilakukan oleh beberapa bekas tokoh didalam UMNO dan BN.

“Apa yang dilakukan oleh mereka adalah untuk melakukan kegoyahan kepada institusi kepimpinan dan kami akan terus mendukung kepimpinan yang sedia ada,”katanya.

Disamping itu, beliau berkata bahawa seluruh rakyat Malaysia perlu yakin bahawa kerajaan sentiasa komited dan fokus kepada usaha memastikan agenda pembangunan negara yang dirancang dapat dilaksanakan sebaiknya walaupun dilanda sedikit badai politik.

“Apa yang sedang berlaku adalah gejolak yang diwujudkan oleh mereka yang mahu melihat kegoyahan berlaku di dalam kerajaan dan parti yang memerintah,” ujar beliau.

Sementara itu, Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Hj. Musa Aman berkata bahawa seluruh ahli Badan Perhubungan UMNO negeri Sabah akan sentiasa mendukung kepimpinan yang sedia ada.

Selain itu, beliau turut menyeru kepada semua ahli parti itu untuk terus kuatkan jentera dalam menghadapi apa jua cabaran akan datang.

Disamping itu, beliau turut melahirkan rasa kecewa terhadap tindakan beberapa bekas tokoh UMNO ingin menjatuhkan presiden parti dan juga Perdana Menteri negara ini.- Oleh Elezebeth Esther/ SayangSabah

 

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan