Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,652

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Ahli UMNO perlu berusaha bagi memastikan kemenangan pada PRU akan datang- Shahrizat

10:56pm 05/03/2016 Elezebeth Esther Onjining 21 views Tempatan
Shahrizat (tengah) bersama ahli Wanita UMNO majlis perjumpaan khas Ketua Pergerakan Wanita Umno Malaysia bersama Wanita Umno Penampang di sini, hari ini. Turut kelihatan Naib Ketua Wanita UMNO, Datuk Hjh. Jainab Ahmad Ayid (kelima dari kiri) dan Ketua Wanita UMNO bahagian Penampang, Noraini Idris (tujuh dari kiri) . Foto oleh Alex Mairin/SayangSabah

PENAMPANG- Ahli UMNO khususnya jentera wanita perlu berusaha dan sentiasa komited bagi memastikan kemenangan pada pilihan raya umum akan datang, kata Ketua Pergerakan Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil

Beliau berkata, jentera wanita sangat penting dalam usaha menguatkan kemenangan di sesuatu kawasan.

“Penampang pernah menjadi kubu kuat BN suatu masa dahulu, dengan kepimpinan yang ada kini, saya pasti mereka akan terus berkeja kuat.

“Dengan usaha sedemikian, adalah tidak menjadi satu masalah untuk tidak dapat merampas kembali kerusi BN di sini,” katanya

Beliau berkata demikian kepada media dalam satu majlis perjumpaan khas Ketua Pergerakan Wanita Umno Malaysia bersama Wanita Umno Penampang di sini, hari ini.

Disamping itu, Wanita UMNO menjadi saluran utama dalam penyebaran maklumat, isu-isu, program kerajaan di negeri mahupun Kerajaan Persekutuan.

Sementara itu, beliau turut memuji kepimpinan Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Musa Hj. Aman kerana kemampuan beliau membawa Sabah ke arah kestabilan politik, rakyat dan mencatatkan rekod baik dalam ekonomi Sabah.- Oleh Elezebeth Esther/SayangSabah

Shahrizat ketika diwawancara oleh pemberita. Oleh Alex Mairin/ SayangSabah

Shahrizat ketika diwawancara oleh pemberita. Oleh Alex Mairin/ SayangSabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan