Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

12,301

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Ahli UMNO perlu bekerjasama dalam pertahankan kekuatan parti- Musa

5:31pm 22/02/2016 Elezebeth Esther Onjining 24 views Politik,Tempatan
Musa ketika berucap sempena sambutan Majlis Jubli Perak UMNO ke-25 di Bangunan UMNO, disini, hari ini.

Musa ketika berucap sempena sambutan Majlis Jubli Perak UMNO ke-25 di Bangunan UMNO, disini, hari ini.

KOTA KINABALU- Ahli UMNO Sabah diseru agar terus bekerja dalam mempertahankan kekuatan parti tersebut di negeri ini, kata Datuk Seri Panglima Musa Aman.

Musa yang merupakan Pengerusi Badan Perhuubungan UMNO Sabah berkata setiap ahli parti tersebut perlu mempertahankan parti itu dari mengalami perpecahan dan mereka turut diseru agar mengutamakan kepentingan parti daripada kepentingan diri.

“Kita tidak boleh bergantung kepada jumlah kuantiti ahli semata- mata, bahkan sama penting adalah nilai dan kualiti setiap ahli- ahli UMNO di semua peringkat (bahagian, cawangan, dan sayap-sayap parti),”katanya ketika berucap di Majlis Sambutan Jubli Perak UMNO Sabah ke- 25, di Bangunan UMNO Sabah, disini, hari ini.

Musa bersama pemimpin UMNO Sabah yang lain memotong 'Pulut Kuning' sebagai tanda merasmikan majlis tersebut. Foto oleh Alex Mairin/SayangSabah

Musa bersama pemimpin UMNO Sabah yang lain memotong ‘Pulut Kuning’ sebagai tanda merasmikan majlis tersebut. Foto oleh Alex Mairin/SayangSabah

Selain itu, Musa turut mengingatkan kepada pemimpin dan ahli- ahli UMNO jangan sesekali mengikuti rentak dan terperangkap dengan strategi pembangkang.

“Kita adalah parti yang mempnuyai track record yang cemerlang. Kejayaan dan pencapaian UMNO di negerio Sabah bukan setakat di dengar, tetapi dapat di lihat dan dirasai oleh rakyat,” tambahan beliau.

Sementara itu, ahli parti tersebut diseru agar meningkatkan gerak kerja dan memaksimumkan keberkesanan jentera dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke 14 yang akan datang.

“Semua perlu bersatu dan bergerak secara kolektif. Sekiranya kita berjata untuk tempoh 25 tahun ini, tidak ada sebab kita tidak boleh bertahan untuk tempoh 25 tahun akan datang, ujar beliau. -Oleh Elezebeth Esther/SayangSabah

 

Musa dan pemimpin UMNO Sabah di sambutan majlis Jubli Perak UMNO Sabah ke-25

Musa dan pemimpin UMNO Sabah di sambutan majlis Jubli Perak UMNO Sabah ke-25

 

 

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan