Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,695

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Ahli UMNO diminta hayati semangat kesetiaan dalam parti

10:03am 12/12/2015 Ann Vivien 29 views Berita Pilihan,Nasional,Politik

 

Datuk

Datuk Isnin Alaisnih,  Datuk Samsuddin Yahya dan Tan Sri Ampong Puyon

KUALA LUMPUR: Ahli UMNO diminta menghayati sepenuhnya cogan kata keramat parti iaitu Bersatu Bersetia Berkhidmat dalam meneruskan perjuangan membela nasib rakyat.

Ketua UMNO Bahagian Beaufort, Datuk Isnin Aliasnih (gambar) berkata, dengan berpegang teguh dengan cogan kata itu, setiap ahli parti akan lebih bersatu dalam  menempuh apa-apa isu dan pergolakan dalam parti.

Menurut beliau, dalam apa juga perkembangan, parti tidak dapat lari daripada berhadapan dengan perselisihan faham dan perbezaan pandangan menyebabkan berlaku keretakan  hubungan di sana-sini.

“Jika ada masalah dalam sesuatu isu, kita kena berbalik dengan kata-kata keramat
Bersatu Bersetia Berkhidmat yang boleh menjadi panduan dan pedoman supaya kita tidak berpecah-belah ketika berhadapan dengan masalah.

“Saya percaya dengan kembali kepada semangat kesetiaan yang tinggi, parti UMNO akan kekal kukuh meskipun apa cabaran yang mendatang,” katanya.

Beliau mengulas ucapan Presiden UMNO, Datuk Najib Tun Razak pada Khamis lalu yang menyeru yang menekankan mengenai semangat kesetiaan dan ketaatan pada diri setiap ahli dan kepimpinan tinggi parti ketika UMNO berdepan dengan pelbagai cabaran dan dugaan.

Sementara itu, Ketua UMNO Bahagian Batu Sapi, Datuk Samsudin Yahya (gambar) berkata, setiap ahli parti perlu sedar bahawa UMNO hanya mempunyai satu nakhoda dalam mengemudi parti, manakala yang lain perlu menjadi anak kapal dengan memberi seluruh sokongan kepada ketua.

Menurut beliau, jika ada ramai yang cuba menjadi nakhoda, hala tuju sesebuah kapal itu akan menjadi tidak tentu arah selain boleh menyebabkan kapal berkenaan karam begitu sahaja.

“Dalam isu ini, tidak bermakna anak kapal atau ahli UMNO tidak boleh bersuara tetapi jika ramai yang mahu menjadi nakhoda sudah pasti tidak baik untuk parti.

“Kita tidak boleh menimbulkan kekecohan dan keadaan tidak sihat kepada parti jika ada sesuatu masalah kita boleh selesaikan dengan cara baik dan bukannya seperti mahu merebut tempat nombor satu parti,” katanya.

Ketua UMNO Bahagian Sandakan, Tan Sri Ampong Puyon (gambar) pula berkata, ahli parti akan menjadi keliru dan bergolak jika ramai pemimpin kanan melakukan sesuatu yang boleh memecah-belahkan perpaduan yang ada.

Menurut beliau, sewajarnya pemimpin kanan parti bermuhasabah diri dengan bertenang dan sebarang isu yang ada diselesaikan secara bermesyuarah.

“Sepanjang masa parti akan ada pergolakan akibat perbezaan pendapat dan saya penuh yakin jika semua pihak mempunyai semangat sayangkan parti semua itu dapat diselesaikan di meja rundingan.

“Saya bimbang, dengan serangan fitnah pihak luar yang tidak pernah putus berjaya mempengaruhi ahli parti dan menyebabkan parti kita berpecah-belah,” katanya.

Beliau menegaskan bahawa UMNO Bahagian Sandakan tetap memberi sokongan kepada kepimpinan Najib dan meminta supaya semua pihak kembali bersatu serta mengelakkan
sebarang tindakan yang boleh memusnahkan parti.-Sayangsabah

 

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan